Program Mewarna dan STEM bersama Kanak-Kanak Tabika Kemas Kg. Surau
20 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2024, pihak pengurusan PEDi Kg Surau bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Kampung Surau telah mengadakan Program Mewarna dan STEM bersama Kanak-Kanak Tabika Kemas. Aktiviti diadakan di Tabika Kemas Kampung Surau yang disertai oleh 7 orang peserta yang berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran sebutan, pertuturan, dan motor halus. Aktiviti ini jugak dapat memberikan kanak-kanak berani bercakap dikhalayak ramai. Dengan adanya program seperti ini, dapat membantu kanak-kanak tabika dan penduduk sekitar lebih celik ICT serta mengetahui kaedah sains dalam kehidupan. Aktiviti ini dapat mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: